PENGENALAN

Seminar Kebangsaan Teknologis Makmal (SKETMA) merupakan program dwi-tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan-Persatuan Penolong Pegawai Sains Universiti Awam Malaysia. SKETMA telah dianjurkan buat pertama kalinya pada tahun 1993 di Universiti Putra Malaysia dan selepas itu telah dianjurkan secara bergilir-gilir oleh beberapa IPTA lain di Malaysia .

Penganjur pada siri yang ke 13 adalah Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2017 yang turut dihadiri oleh dua orang staf makmal dari UMK. Semasa SKETMA ke-13 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (bulan September 2017), Universiti Malaysia Kelantan telah dicalonkan sebagai penganjur SKETMA ke-14 pada tahun 2019.  Sehubungan dengan itu, Kumpulan staf makmal skim C memainkan peranan sebagai penggerak bagi menjayakan SKETMA-14 ini.

OBJEKTIF

  • Menyediakan landasan untuk perkongsian maklumat, kepakaran, dan pengalaman dengan pembentangan kertas kerja dalam bidang teknologi makmal
  • Mempertingkatkan tahap profesionalisma kerjaya pegawai makmal
  • Menjalinkan hubungan kepakaran, memupuk kerjasama dan bertukar pengalaman mengenai teknologi makmal di kalangan  pusat pengajian tinggi di Malaysia
  • menyerlahkan potensi diri, kepakaran dan pengalaman pegawai yang bertugas di makmal serta membina satu golongan yang mahir dalam teknologi makmal

TEMA

“Teknologi Makmal Memangkin Penyelidikan Berkualiti Ke Arah Kelestarian Keusahawanan “

Cadangan bidang perbincangan yang boleh dibentangkan adalah seperti berikut :

  • Biologi
  • Fizik
  • Kimia
  • Sains Gunaan
  • Sains Kejuruteraan
  • Sains Kesihatan dan Perubatan
  • Pengurusan Makmal
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Makmal
  • Perkhidmatan Makmal Jana Pendapatan
  • Lain-lain berkaitan pengendalian makmal